Sampai Nabi Ibrahim yg berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah,
isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah
membawa pindah juga semua binatang ternaknya dan harta miliknya yg
telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata: Pertama-tama
yg menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan utk
menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yg telah lama berkumpul dgn
Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun
juga akhirnya terbukalah rahsia yg disembunyikan itu dgn lahirnya Nabi
Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorg isteri sebagai Siti Sarah merasa
telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorg dayangnya yg diberikan
kpd Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi
Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar krn merasa sgt gembira dgn
puteranya yg tunggal dan pertama itu, hal ini yg menyebabkan permulaan
ada keratakan dlm rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah
merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi
Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di
lain tempat.
Utk sesuatu hikmah yg belum diketahui dan disedari
oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kpdnya agar keinginan dan
permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama
Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di
mana Ismail puteranya bersama ibunya akan di tempatkan dan kepada siapa
akan ditinggalkan. Maka dgn tawakkal kpd Allah berangkatlah Nabi
Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yg diboncengkan di
atas untanya tanpa tempat tujuan yg tertentu. Ia hanya berserah diri kpd
Allah yg akan memberi arah kpd binatang tunggangannya. Dan berjalanlah
unta Nabi Ibrahim dgn tiga hamba Allah yg berada di atas punggungnya
keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik
matahari dgn pedihnya menyengat tubuh dan angin yg kencang
menghembur-hamburkan debu-debu pasir.
Ismail dan Ibunya Hajar Ditingalkan di Makkah
Setelah
berminggu-minggu berada dlm perjalanan jauh yg memenatkan tibalah pada
akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci
dimana Kaabah didirikan dan menjadi pujaan manusia dari seluruh dunia.
di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi
Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan disitulah ia meninggalkan Hajar
bersama puteranya dgn hanya dibekali dgn serantang bekal makanan dan
minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air
mengalir, yg terlihat hanyalah batu dan pasir kering . Alangkah sedih
dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorg diri
bersama dgn anaknya yg masih kecil di tempat yg sunyi senyap dari
segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan
menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya,
janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yg kosong itu, tiada
seorg manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat
pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yg
kecil yg masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa
tidak tergamak meninggalkannya seorg diri di tempat itu bersama
puteranya yg sangat disayangi akan tetapi ia sedar bhw apa yg dilakukan
nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yg tentu mengandungi hikmat yg
masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi
Ismail dan ibunya dlm tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan
penderitaan. Ia berkata kpd Hajar :
"Bertawakkallah kpd Allah yg
telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kpd kekuasaan-Nya dan
rahmat-Nya. Dialah yg memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yg
akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yg sunyi ini. Sesungguh
kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak
meninggalkan kamu di sini seorg diri bersama puteraku yg sangat ku
cintai ini. Percayalah wahai Hajar bhw Allah Yang Maha Kuasa tidak akan
melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya
akan tetap turun di atas kamu utk selamanya, insya-Allah."
Mendengar
kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju
Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke
Palestin dgn iringan air mata yg bercurahan membasahi tubuh Ismail yg
sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya
keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali
ke Palestin di mana isterinya Sarah dgn puteranya yg kedua Ishak sedang
menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon
kpd Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi
putera dan ibunya yg ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dlm
doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak
keturunannya di dekat rumah-Mu { Baitullahil Haram } di lembah yg sunyi
dari tanaman dan manusia agar mrk mendirikan solat dan beribadat kpd-Mu.
Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kpd mrk dan berilah mrk
rezeki dr buah-buahan yg lazat, mudah-mudahan mrk bersyukur kpd-Mu."
Mata Air Zamzam
Sepeninggal
Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yg terpencil dan
sunyi itu. Ia harus menerima nasib yg telah ditakdirkan oleh Allah atas
dirinya dgn kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan
makanan dan minuman yg dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis
dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah
terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yg harus ditanggungnya sendiri
tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus meneteki anaknya, namun air
teteknya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan .Anak yg
tidak dapat minuman yg memuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi
cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung
dan cemas mendengar tangisan anaknya yg sgt menyayat hati itu. Ia
menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap
makanan atau seteguk air yg dpt meringankan kelaparannya dan meredakan
tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari harwalah
menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yg dapat
menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yg didapatnya disitu, kemudian
dari bukit Shafa ia melihat bayangan air yg mengalir di atas bukit
Marwah dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu namun ternyata bahawa
yg disangkanya air adalha fatamorgana {bayangan} belaka dan kembalilah
ke bukit Shafa krn mendengar seakan-akan ada suara yg memanggilnya
tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka krn dorongan
hajat hidupnya dan hidup anaknya yg sangat disayangi, Hajar
mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yg
pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.
Diriwayatkan
bahawa selagi Hajar berada dlm keadaan tidak berdaya dan hampir
berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah
kepadanya malaikat Jibril bertanya:" Siapakah sebenarnya engkau ini?" "
Aku adalah hamba sahaya Ibrahim". Jawab Hajar." Kepada siapa engkau
dititipkan di sini?"tanya Jibril." Hanya kepad Allah",jawab Hajar.Lalu
berkata Jibril:" Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kpd Dzat
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yg akan melindungimu, mencukupi
keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu
kpd-Nya."
Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu
tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas
tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yg jernih
dgn kuasa Allah .Itulah dia mata air Zamzam yg sehingga kini dianggap
keramat oleh jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan
setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu
disebut org " Injakan Jibril ". Alngkah gembiranya dan lega dada
Hajar melihat air yg mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dgn
air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali,
demikian pula wajah si ibu yg merasa sgt bahagia dgn datangnya mukjizat
dari sisi Tuhan yg mengembalikan kesegaran hidup kpdnya dan kpd
puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yg
mencekam dada.
Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung
berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok
bangsa Arab dari suku Jurhum yg merantau dan sedang berkhemah di sekitar
Makkah. Mereka mengetahui dr pengalaman bhw di mana ada terlihat burung
di udara, nescaya dibawanya terdapat air, maka diutuslah oleh mrk
beberapa org utk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi
mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa
berita gembira kpd kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar
bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan
perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam ,dimana kedatangan mrk disambut
dgn gembira oleh Hajar krn adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya,
ia memperolehi jiran-jiran yg akan menghilangkan kesunyian dan kesepian
yg selama ini dirasakan di dlm hidupnya berduaan dgn puteranya saja.
Hajar
bersyukur kpd Allah yg dgn rahmatnya telah membuka hati org-org itu
cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia
ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.
Nabi Ismail Sebagai Qurban
Nabi
Ibrahim dr masa ke semasa pergi ke Makkah utk mengunjungi dan menjenguk
Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya
kpd puteranya yg ia sayangi serta menenangkan hatinya yg selalu rungsing
bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yg ditinggalkan di
tempat yg tandus, jauh dr masyarakat kota dan pengaulan umum. Sewaktu
Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi
bhw ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorg nabi adalah
salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yg
diterimanya dlm mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk
sejurus termenung memikirkan ujian yg maha berat yg ia hadapi. Sebagai
seorg ayah yg dikurniai seorg putera yg sejak puluhan tahun
diharap-harapkan dan didambakan ,seorg putera yg telah mencapai usia di
mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorg putera
yg diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan
keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa
oelh tangan si ayah sendiri.
Namun ia sebagai seorg Nabi,
pesuruh Allah dan pembawa agama yg seharusnya menjadi contoh dan teladan
bagi para pengikutnya dlm bertaat kpd Allah ,menjalankan segala
perintah-Nya dan menempatkan cintanya kpd Allah di atas cintanya kpd
anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah
Allah yg diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yg akan terjadi sebagai
akibat pelaksanaan perintah itu. Sungguh amat berat ujian yg dihadapi
oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dgn firman Allah yg bermaksud:" Allah
lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya."
Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan
menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dgn perintah
Allah yg telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim
menuju ke Makkah utk menemui dan menyampaikan kpd puteranya apa yg Allah
perintahkan.
Nabi Ismail sebagai anak yg soleh yg sgt taat kpd
Allah dan bakti kpd org tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud
kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata
kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yg telah diperintahkan
oleh Allah kpdmu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorg yg
sabar dan patuh kpd perintah. Aku hanya meminta dlm melaksanakan
perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak
banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan
pakaianku supaya tidak terkena darah yg akan menyebabkan berkurangnya
pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah
parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan
penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yg terakhir sampaikanlah
salamku kpd ibuku berikanlah kpdnya pakaian ku ini utk menjadi
penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan
baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium
pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai
seorg putera yg taat kpd Allah, bakti kpd org tua yg dgn ikhlas hati
menyerahkan dirinya utk melaksanakan perintah Allah."
Saat
penyembelihan yg mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki
Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam
yg sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata
nabi Ibrahim yg tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya
ke parang yg mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati
beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorg ayah di satu
pihak dan kewajiban seorg rasul di satu pihak yg lain. Pada akhirnya dgn
memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan
penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yg sudah
demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan
tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian
tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yg menegaskan bhw perintah
pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kpd Allah. Ternyata
keduanya telah lulus dlm ujian yg sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah
menunjukkan kesetiaan yg tulus dgn pergorbanan puteranya. Utk berbakti
melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu
atau bimbang dlm memperagakan kebaktiannya kpd Allah dan kpd org tuanya
dgn menyerahkan jiwa raganya utk dikorbankan, sampai-sampai terjadi
seketika merasa bhw parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah
ia kpd ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati
memotong leherku krn melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan
laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu
tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail
walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari
belakang.
Dlm keadaan bingung dan sedih hati, krn gagal dlm
usahanya menyembelih puteranya, datanglah kpd Nabi Ibrahim wahyu Allah
dgn firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan
mimpimu, demikianlah Kami akan membalas org-org yg berbuat kebajikkan
."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu,
Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yg telah
tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau
dgn parang yg tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal
permulaan sunnah berqurban yg dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari
raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.
No comments:
Post a Comment