Assalamu'alaikum,
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Ketika membaca kisah cinta Zulaikha dgn Nabi yusuf ini teringat tentang tahap kecintaan yang ketujuh (shaghaf) seperti yg saya tuliskan di SINI,
Cinta yang meresap ke dalam lubuk hati Zulaikha ini menyebabkan dia
sangup dicaci. Alangkah tinginya nilai cinta jika tahap kecintaan
manusia kpd Allah seperti ini.
Firman Allah swt:
وَقَالَ نِسۡوَةٌ۬ فِى ٱلۡمَدِينَةِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ تُرَٲوِدُ فَتَٮٰهَا عَن نَّفۡسِهِۦۖ قَدۡ شَغَفَهَا حُبًّاۖ إِنَّا لَنَرَٮٰهَا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٣٠
Maksudnya:Dan
(sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha
dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf)
berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu
sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Yusuf (12:30)
Malam
itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil
Zulaikha. Dia sentiasa menghias cantik rupa paras, menghiias diri dan
sentiasa memakai bau2an. Kemudian dia berdiri, pagi dan petang di
beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tidak jelas
puncanya. Angin sepoi2 bahasa bertiup tenang dan halus seakan2 enggan
mengusik ranting2 pepohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu.
Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang dan sesekali
wajahnya menoleh ke atas melihat bintang2 yg bertaburan di langit
mengelilingi bulan dan sebahagian sinarnya terlindung oleh awan.
Sesaat
kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buah
untuknya tetapi dia menolak malah memerintahkan pelayannya supaya
kembali. Nafasnya semakin menyesakkan, seolah2 hampir mencekik lehernya.
Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia
adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar,
kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anak.
Sebenarnya
Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia
orang terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya menentang
niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri
sebagaimana wanita2 lain, namun takdir menghendaki sesuatu yang lain krn
suaminya tidak mampu mengubah impiannya menjadi kenyataan.
Fikirannya
berkecamuk. zulaikha terlena dlm lamunannya sehingga suara halus
suaminya tiba2 mengejutkannya: "Ra'il isteriku yang cantik,
bergembiralah!" Suaminya berkata sambil menunjukkan sesuatu kepadanya.
Zlaikha
menoleh ke arah suaminya, dan betapa terkejutnya dia ketika melihat
suaminya datang bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?" Tanya
Zulaikha.
Dengan suara yang hampir tidak kedengaran anak itu menjawab, "Yusuf".
Al-Aziz
suami Zulaikha kemudian mengikutnya dari belakang seraya berkata, "Aku
membelinya daripada rombongan yang menemuinya di sebuah telaga di padang
pasir. Berikan kepadanya tempat dan layanan yang baik, boleh jadi dia
kan bermanfaat kepada kita, atupun kita angap dia sebagai anak kita.
Zulaikha
tidak mengetahui takdir apa yang akan berlaku antara dia dan anak itu
pada hari2 akan datang. Yang jelas Zulaikha amat menyenangi
kedatangannya, hilang sgl kesedihan yg ditanggung selama ini. Hari2
berlalu pergi. Yusuf semakin membesar dan dewasa. Wajahnya semakin
tampan. Zulaikha tidak mengerti apa perasaan yang meresap di hatinya
setiap kali dia memandang wajah Yusuf. Kesedihan yg dihadapinya hilang
apabila setiap kali memandang wajahnya.
Setiap malam tiba dan
Yusuf ke kamar tidur, Zulaikha merasa ada sesuatu yg mengusik lubuk
kalbunya, sehingga kadang kala dia bangun meninggalkan suaminya yang
sedang tidur dan pergi ke pintu kamar Yusuf. Dia berdiri di pintu kamar
beberapa ketika. Dalam hatinya timbul keraguan, apakah sebaiknya dia
menghampiri Yusuf seperti yang diinginkannya, ataupun kembali kepada
suaminya. fikiran ini sering mengganggu hatinya semalaman sehingga
sampai matahari pagi terlihat masuk daripada celah2 jendela kamarnya.
Apabila begitu barulah dia kembali ke kamar suaminya.
Setiap kali
pandangan matanya bertemu dengan pandangan Yusuf, dia merasakan
keinginan yang kuat untuk selalu berada di samping Yusuf dan tidak ingin
berpisah dengannya buat selama2nya. Namun hati kecilnya berkata Yusuf
tidak memendam perasaan yang sama sepertinya. Pertanyaan yang selalu
mengusik kalbunya adalah adakah Yusuf memendam perasaan seperti yang
dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak
menampakkan sikap seperti itu, dia tidak mahu mendengar jawapan itu.
Pada
suatu petang, Zulaikha sudah tidak berdaya lagi memendam perasaan
cintanya kpd Yusuf. Dia kemudian berdiri di cermin, mengagumi kecantikan
rupa parasnya sambil berkata kepada dirinya sendiri : "Adakah di
seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya melebihi kecantikanku?
sehingga Yusuf menghindari aku? Tidak boleh tidak, wahai Yusuf! hari ini
aku akan menemuimua dgn sgl macam pujukan dan rayuan sehingga engkau
tunduk kepadaku".
Kemudian dia membuka almari dan matanya
mengamati ke arah pakaian yang ada di dalamnya. Dia memilih salah satu
gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang boleh
membangkitkan ghairah lelaki apabila memandangnya. Apabila gaun itu
dikenakan di tubuhnya, sebahagian aurat yang seharusnya disembunyikan
kelihatan. Itulah yang dikehendakinya. Kemudian dia memakai minyak
wangi-wangian di sekujur tubuhnya yang menyebabkan seseorang lelaki akan
ghairah apabila tercium baunya. Kemudian dia menyikat rambutnya dan
dibentuk seindah-indah pada malam yang sunyi itu.
Selepas
menyempurnakan dandanannya, Zulaikah mengamati keadaan sekelilingnya,
sehingga dia benar-benar yakin tidak ada seorang pun pelayannya yang
masih menunggunya di situ; semuanya sudah tidur di kamar masing-masing.
Dia juga tahu suaminya sedang memenuhi undangan seorang hakim MEsir dan
sibuk dengan urusan-urusannya, sehingga tidak mungkin dia akan kembali
kepadanya sebelum fajar tiba.
Selesai segala-galanya, dia pergi
ke kamar Yusuf. Dilihatnya pintu kamar itu tertutup dan lampunya sudah
dipadamkan. Dengan perlahan dia mengetuk; satu kali, dua kali..dan tiga
kali. Tidak lama kemudian Yusuf bangun dan menyalakan lampu, lalu
membukakan pintu kamarnya. Alangkah terkejutnya Yusuf apabila melihat
Zulaikha, isteri al-Aziz sudah berada di hadapannya. Tetapi baginda
tidak berkata apa-apa kecuali diam menduduk.
Tiba-tiba Zulaikha
masuk ke dalam kamar Yusuf, mendekatinya dan memgang tangannya sambil
menutup pintu kamar. Zulaikha merasa gelisah, ketakutan serta tidak
membalas pandangan mata Yusuf. Dia berpaling ke arah Yusuf, sedangkan
Yusuf berusaha menjauhkan diri daripadanya.
Zulaikha berkata
kepadanya, "Apakah maksud semua ini wahai Yusuf? Janganlah engkau
menjauhkan dirimu daripadaku sehingga menyebabkan aku binasa kerana
merinduimu."
Yusuf diam tanpa memberi apa-apa jawapan. Zulaikha mendekatinya lagi sambil berkata, "Aduhai Yusuf, betapa indahnya rambutmu!"
Yusuf menjawab, "Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan daripada tubuhku selepas aku mati."
"Aduhai
Yusuf, betapa indahnya kedua-dua matamu!. Zulaikha terus memujuknya.
"Kedua-duanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas daripada
kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!." Yusuf berkata lagi.
Zulaikha terus menggodanya, "Betapa tampannya wajahmu yusuf." "Kelak, tanah yang akan menghancurkannya," Yusuf membalas.
Kemudian
Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan
wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!" Yusuf berkata lagi.
"Yusuf, bagaimana harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini
kudambakan, dan kini aku datang kerananya," Zulaikha merayu lagi.
Yusuf
membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku
menderhaka kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak
mahu memnuhi apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih
dekat kepadanya dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia
berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya.
Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah menghindarkan diri
daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu.
Zulaikha
tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan
kesuciannya di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya,
bahkan lari menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari
belakang bagi mmemaksanya. Ketika dia mendekati Yusuf, dipegangnya
bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya dengan kuat. Dengan rasa
marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, bahagian
belakang baju Yusuf koyak.
Pada masa yang sama, al-Aziz sudah
berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan
serta-merta Zulaikha berkata, "Apakah hukuman bagi orang yang berbuat
jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan
seksaan yang pedih?"
Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba
melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa
sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga
perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang
dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang
ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh
berlaku?
yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan
tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku
supaya menyerahkan dirikiu kepadanya".
Ternyata Allah mahu Yusuf
bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga
Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba2 berkata, "Sekiranya bajunya
koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk
dalam golongan org2 yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian
belakang, wanita itulah yg berdusta.
Mendgr kata2 itu al-Aziz
segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati baju Yusuf
koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah
al-Aziz bhw isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih
daripada tuduhan. Kemudian dia berkata, "Sungguh, inilah tipu
muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu".
Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".
Tujuannya
ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya
dia berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu,
krn sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan org yang berbuat salah".
"Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dgn nada marah krn Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya.
"Tidak!
Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain utk
mendapatkanmu, memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yg aku
kehendaki..".
Hari2 berlalu, al-Aziz yg kalah dlm mengadili
kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha supaya menghadapi kenyataan,
sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap kali dia menampakkan
kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar2 berusaha mendekati
dan memujuknya krn dia sgt mencintai Zulaikha.
Yusuf sendiri
akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya krn peristiwa yg
memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yg ditugaskan
oleh tuannya al-Aziz.
Hari2 yg dilalui menghantui Zulaikha. Dia
sentiasa menanti peluang utk kembali menjalankan tipu dayanya terhadap
Yusuf, kerana apa yg berlaku itu semakin menambah cintanya dan
keinginnay utk menjalinkan hubungan dgn Yusuf, meskipun secara
terang2an dia mendustakan Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan
keraguan suaminya terhadap dirinya.
Hari demi hari dilalui oleh
Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa yg
tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa
berbicara tentang peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan
bagaimana boleh tersebar hingga ke kota, pada hal semua pihak di istana
al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin cerita itu disebarkan
oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yg ada hubungan keluarga
dengan mereka.
Ibu kota Mesir bergema dgn kisah ini. Dalam
setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain yg dibicarakan. Akhirnya
berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini menimbulkan
kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang org2 bercerita ttg hal itu.
Dia terpaksa menerima kenyataan yg pahit itu dgn hati yg pedih, "Betapa
perjalanan hidupku seperti sepotong roti yg berada di dalam mulut
wanita2 kota yg dipenuhi cemuhan dan ejekan", keluhnya dalam hati.
Padahal
hari2 sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dgn
segala penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi.
Setelah
jiwanya goncang dgn kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu
berbicara dgn dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus
juga terima penghinaan sebagaimana penghinaan yg mereka tuhukan kpdku.
Sekiranya merekka mempeolok2an aku dgn lidah mereka, sesungguhnya
olok2ku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..".
Zulaikha
menuju ke beranda yg menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu,
sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yg mengelilingi istana,
mengharumi udara sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir.
Tidak
lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai
tersenyum. Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kpd masalahnya. Ya!
Mengapa dia tidak menghentikan cemuhan wanita2 itu kpd dirinya dan
Yusuf dalam satu pertemuan terbuka? Mengapa dia tidak memanggil waita2
itu duduk bercakap2 lalu dia perintahkan Yusuf keluar menampakkan
dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar mengapa Zulaikha
jatuh hati kpd anak angkatnya.
Zulaikha menjemput semua kaum
wanita ke istananya utk bergembira. Mereka dipersembahkan dgn pelbagai
buah2an dan masing2 diberikan pisau sebagai alat untuk memeotongnya.
Zulaikha ingin melihat apakah yg akan terjadi kepada mereka ketika Yusuf
muncul secara tiba2 di tengah2 mereka.
Kebanyakan wanita
bangsawan di Mesir berasa hairan dengan jemputan isteri al-Aziz itu.
Mereka menyaksikan suasana berlainan daripada biasa. Ruangan istana
dihias indah. Mereka yg hadir dipersilakan duduk di atas kerusi yg
indah. Di hadapan masing2 terhidang sepinggan buah2an serta sebilah
pisau pemotong.
Tetamu memandang kepada apa yang ada dalam
ruangan istana, masing2 membisu kerana tidak berani berbicara dengan
jelas. Zulaikha pun membuka acara. Bicaranya hanya berkisar kepada
buah2an yg terhidang dan aturcara majlis tidak sedikitpun menyentuh ttg
peristiwa yg berlaku antara dia dan Yusuf. Dia menyatakan bahawa apa yg
dilakukan kpd mereka ini adalah sebagai kejutan.
Ada di antara
tetamu itu menyindir Zulaikha. Dgn cara yg bijak dia bercerita ttg seorg
perempuan yg jatuh cinta dan mati dalam kesedihan krn lelaki yg
meminangnya mati dalam peperangan. Pun begitu Zulaikha lebih bijak. Dia
mengalihkan perbicaraan mereka kpd sesuatu yang lain. Dia berkata kpd
Yusuf. "Keluarlah, tunjukkan dirimu kepada mereka".
Yusuf keluar
dari tempatnya menuju ke majlis yg dihadiri oleh kaum wanita yg menjadi
tetamu Zulaikha itu. Betepa terkejutnya mereka apabila melihat
ketampanan Yusuf. Merek atercengang kehairanan. Tanpa disedari, mereka
terpotong jari-jari mereka dengan pisau. Mereka fikir mereka sedang
memotong buah padahal darah yg mengalir dari tangan mereka.
Lama-kelamaan mereka sedar apa yg meeka lakukan kemudian berkata. :
"Maha Besar Allah Ini bukanlah manusia. Dia adalah malaikat yang mulia."
Ketika
itu wajah Zulaikha berubah krn marah. Dia berkata sambil menunjuk
kepada Yusuf, "Itulah org yg menyebabkan aku dicela krn tertarik kpdnya.
Ssghnya aku begitu menginginkannya tetapi dia menolak. sekarang jika
dia tidak mengikuti apa yg aku perintahkan, dia akan dipenjarakan dan
akan menjadi org yg hina".
Yusuf mendgr apa yg dikatakan zulaikha
dgn tenang dan tabah. Dia juga tahu keinginan setiap wanita yg hadir
sama spt keinginan Zulaikha kpdnya. sambil berlindung kpd Allah, Yusuf
berkata, "Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka
kpdku. Dan sekiranya Allah tidak hindarkan aku daripada tipu daya
mereka pasti aku akan tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk
org2 yang jahil. Sesungguhnya Allah swt akan meneguhkan iman hamba2NYa
ug mukmin yg berpegang dgn kebenaran yg diperintah olehNya.."
Allah
swt memperkenankan doa Yusuf, dan Dia melindungi tipu daya mereka.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui.
Wanita2
itu akhirnya pulang dgn tangan yg berlumuran darah. Akhirnya mereka
sedar Zulaikha terhalang cintanya kpd Yusuf. Yusuf kemudiannya beredar
meninggalkan ruangan itu dan Zulaikha puas kerana dapat membalas
penghinaan wanita2 tersebut.
tetapi setelah lama berfikir, dia
sedar perasaan yg ditanggungnya selama ini adalah sesuatu yg berat
buatnya. Dia bercakap dgn diri sendiri, "Yusuf menghindarkan dirinya
kpdku sebanyak dua kali; sekali di kamarnya dan sekali di hadapan
wanita2 kota. Sesungguhnya wanita2 kota itu juga mencintai Yusuf sama
seperti diriku, tetapi semuanya tidak memperoleh sesuatu daripadanya.
Ancamanku kpdnya pun tidak ditakuti. Celakalah engkau meskipun aku
mencintaimu".
Zulaikha pergi menemui suaminya kemudian suaminya
bertanya ttg jamuan yg diadakan. Zulaikha memberitahu bhw jamuan itu
menmbahkan keburukan kpdnya.
"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Tanya al-Aziz.
"Sekiranya
Yusuf tidak disembunyikan daripada istana dan kota, dia akan selalu
berbicara mengenai apa yg memburukan akau.." Zulaikha menjawab.
Al-Aziz mendekati isterinya sambil berkata, "Bagaimana engkau boleh merelakan sesuatu yg memburukkanmu?"
Tubuh Zulaikha gementar. Kemudian dia berkata, "Kalau begitu penjarakan Yusuf, sehingga semua org melupakannya".
Al-Aziz
menyetujui cadangan isterinya itu. Tidak lama kemudian, beberapa org
pengawal istana mebawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu
istana, Zulaikha berdiri di belakang jendela kamarnya sambil memandang
ke arah Yusuf. Dia merasakan seolah2 sebahagian daripada hatinya
tercabut, meskipun dia yang mendesak suaminya supaya memenjarakan Yusuf.
Saban
hari, kesedihan mewarnai wajah Zulaikha. Suaminya hanya boleh melihat
dengan sikap diam dan tak boleh berbuat apa2. Wanita itu bertanya kepada
dirinya sendiri, "Salahkah aku ketika aku menyuruh al-Aziz memasukkan
Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku daripada melihat Yusuf.."
Sekali lagi dia berfikir dalam kegelisahannya, "Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?"
Dia
menyalahkan dirinya sendiri untuk melepaskan diri daripada azab,
seperti seorang dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup mencedok air
yang dipikul di bahunya sendiri. Hari demi hari, bulan demi bulan dan
tahun demi tahun berlalu tanpa sunyi daripada cerita Zulaikha dgn Yusuf.
Pada
suatu hari utusan raja datang, memerintahkan Zulaikha supaya datang ke
istana. Zulaikha sangat hairan sebab perkara sperti itu belum pernah
terjadi sebelumnya. Dia bertanya kpd suaminya apa yg menyebabkan dia
dipanggil ke istana. Al-Aziz menjawab, "Mungkin ada urusan dgn Yusuf".
Mendengar nama itu hilang sgl dugaan, tetapi benarkah raja mahu
berbicara dengannya mengenai Yusuf?
Dgn pelbagai pertanyaan
bersarang di benaknya, Zulaikha pergi ke istana. Dia mendapati wanita2
yg sudah terpotong tanggannya ada di sana semuanya menghadap Raja Mesir.
Baginda memandang kpd semua wanita itu dan bertanya satu persatu,
"bagiamanakah keadaan kamu ketika menggoda Yusuf supaya menuruti
kehendakmu?"
Mereka menjawab serentak, "Kami dapati tidak ada satupun keburukan yang ada padanya"
Tiba2
tanpa diminta oleh raja, Zulaikha berbicara. Dia merasakan sudah tiba
masanya utk berterus terang, supaya beban dosa yg ditanggungnya kesan
daripada perbuatannya terhadap Yusuf hilang. Di hadapan wanita2 dan raja
Zulaikha berkata, "Sekarang jelaslah kebenaran itu. Akulah yg
menggodanya supaya tunduk kepadaku dan sesungguhnya dia termasuk
golongan org2 yg benar".
Yusuf berkata, "Yang demikian itu supaya
al-Aziz mengetahui apa yg sesungguhnya aku tidak khianat kepadanya di
belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak akan merelakan tipu daya
manusia yg khianat. Aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan krn
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu
yg diberikan rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun,
Maha Penyayang".
..........................................................................................................................................................................
Terdapat
perbezaan pendapat mengenai kehidupan Zulaikha selanjutnya. Sebahagian
org berpendapat sejak itu Zulaikha hidup dalam kesedihan dan putus asa
krn ingatannya kpd Yusuf. Sebahagian yg lain pula berpendapat Zulaikha
akhirnya berpindah ke suatu tempat yg jauh yg berutanya tidak diketahui
sama sekali. Yang jelas kehidupan Zulaikha terganggu krn cintanya kpd
Yusuf.
Namun ada yg mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha
bertaubat kpd Allah swt. Ketika Yusuf diutus menjadi rasul dan menjadi
penguasa menggantikan al-Aziz baginda bertemu dgn Zulaikha yg ketika itu
sudah tua. akhinya Allah swt menjadikan Zulaikha muda remaja dan
dikahwinkan dgn Nabi Yusuf. Zulaikha akhirnya menjadi wanita solehah yg
sentiasa beramal kpd Allah swt.
KISAH NABI YUSUF AS DAN ZULAIKHA INI BOLEH DIRUJUK DAlAM AL-QURAN SURAH YUSUF 12-: 21 HINGGA 53)